AM

ASEAN perlu aktif usahakan keamanan – Liew Chin Tong

82

PUTRAJAYA 7 Disember 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan YB Senator Liew Chin Tong menyeru agar negara-negara ASEAN perlu aktif mengusahakan keamanan ketika beliau berucap di persidangan Council for Security Cooperation in the Asia Pacific (CSCAP) ke-12 di Vietnam pada Khamis.

Liew bersama Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Quoc Dzung
Sumber foto Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan

“Peranan ASEAN ialah bagi membawa Amerika Syarikat dan China kembali ke tengah dan mengelak daripada melebarnya jurang antara kuasa-kuasa besar

Sementara ASEAN telah mengambil maklum bahawa Amerika Syarikat telah memilih untuk melihat China sebagai pesaing strategik, ASEAN mestilah secara aktif mengusahakan keamanan, serta memastikan kedua-dua kuasa besar tidak tersalah perhitungan, dan membantu China untuk memahami rantau ini dengan lebih baik, justeru tidak menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan negara-negara kecil di rantau ini.” kata Liew.

Liew turut menyebut bahawa kedua-dua Malaysia dan Vietnam adalah ‘kuasa tengah yang beraspirasi’ dengan misi penting pada tahun 2020 di mana Malaysia bakal menganjurkan sidang APEC manakala Vietnam mempengerusikan ASEAN, selain dilantik menganggotai Majlis Keselamatan PBB.

“Kedua-dua Malaysia dan Vietnam adalah negara pesisir di kawasan Laut China Selatan, yang sewajarnya menyaksikan kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa yang lebih rapat dan semakin baik, berhadapan cabaran akan datang.” tambah beliau.

Di Persidangan CSCAP ke-12 tersebut yang bertemakan “Sustaining Peace in Time of Uncertainties: Toward Greater Regional Resilience and Responsiveness” tersebut, Liew diberikan penghormatan menyampaikan ucapan perasmian sementara Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Quoc Dzung menyampaikan ucaptama.

Liew bersama Vice Minister of National Defence and Chief of General Staff Lieutenant General Phan Van Giang
Sumber foto Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan

Liew turut mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya Vice Minister of National Defence and Chief of General Staff Lieutenant General Phan Van Giang dan beliau mengucapkan tahniah di atas ulangtahun ke-75 pembentukan Vietnam People’s Army. Untuk makluman, Vietnam telah menerbitkan Kertas Putih Pertahanannya pada 25 November manakala
Menteri Pertahanan Malaysia Tn Hj Mohamad Sabu telah membentangkan Kertas Putih Pertahanan sulong negara kepada Parlimen pada 2 Disember. Liew dan Jeneral Phan bertukar-tukar pandangan mengenai kedua-dua Kertas Putih. Di samping itu Liew turut mengadakan pertemuan bersama pemikir-pemikir pertahanan Vietnam di Institute for Defence International Relations (IDIR), Ministry of National Defence.

Lawatan ke Institute for Defence International Relations (IDIR)
Sumber foto Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...