AM

Penggunaan Sistem e-Tanah Di Seluruh Negara Pada Tahun 2024 – PM

89

PUTRAJAYA, 27 Julai 2021 – Kerajaan akan melaksanakan peluasan Sistem e- Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) ke semua negeri dan dijangka akan selesai dibangunkan serta boleh digunapakai sepenuhnya selewat-lewatnya pada tahun 2024.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Persekutuan kini sedang mengorak langkah untuk melaksanakan perluasan sistem e-Tanah secara kerjasama awam swasta (PPP) ke Putrajaya dan Labuan, Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan selepas kejayaan pelaksanaan e- Tanah di Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan Perak pada tahun ini.

Transformasi pentadbiran tanah menerusi Sistem e-Tanah ini berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Ease of Doing Business Year 2020 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia dari kedudukan ke-15 pada tahun 2019 kepada kedudukan ke-12 pada tahun 2020.

“Sistem e-Tanah ini juga telah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa pada tahun 2018 iaitu pencapaian Gold Award Public Sector di Asean ICT Award 2018 yang telah diadakan di Indonesia”.

“Sistem e-Tanah mampu beroperasi dengan baik secara atas talian dengan cekap dan selamat dalam pelbagai urusan berkaitan tanah seperti carian persendirian, pembayaran cukai, permohonan pindah milik dan permohonan gadaian tanah dapat diteruskan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan Sistem e-Tanah melalui PPP juga berjaya meningkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran tanah terutamanya semasa pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan urusan secara bersemuka akibat penularan COVID-19.

“Inisiatif melibatkan kolaborasi antara kerajaan persekutuan, negeri dan syarikat swasta itu bertujuan menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri-negeri berdasarkan perundangan yang berkuat kuasa, mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran tanah”.

Justeru, beliau percaya pelaksanaan Sistem e-Tanah akan dapat menyumbang kepada kepesatan pembangunan negara disamping meningkatkan hasil kepada kerajaan-kerajaan Negeri.

Beliau turut hadir secara maya bagi ‘Pelancaran Peluasan Sistem e-Tanah Secara Kerjasama Awam Swasta’ bersempena Hari Tanah Negara Tahun 2021 bertemakan ‘Mendepani Cabaran Pasca Covid-19 dalam Pentadbiran Tanah’.

Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah Bagi Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Putrajaya dan Labuan Secara Kerjasama Awam-Swasta telah dimeterai secara maya di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Tuan Syed Azmin Syed Nor, Pengerusi Eksekutif Puncak Tegap Sdn Bhd.

“Dengan termeterainya perjanjian konsesi ini, pembangunan Sistem e-Tanah akan dimulakan di kedua-dua Pejabat Tanah tersebut dan seterusnya akan memberi manfaat kepada pengguna dan pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...