AM

Kolaborasi dan Kreativiti Bantu Hasil Produk Lebih Menarik

195

26 Julai 2021- Kementerian Perpaduan Negara kali ini membawakan siri kelima #KitaBersamaReachOut! bertajuk Kolaborasi dan Kreativiti Aset Norma Baharu Masa Hadapan secara maya malam tadi.

Menampilkan tiga jemputan yang serba hebat iaitu Dekan Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin, Pengasas DD Animation Studio, Hairul Faizal Izwan serta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Amalina, Santesh dalam sesi perkongkasian kali ini.

“Kreativiti merupakan satu inovasi dan idea baru di mana sejak dahulu lagi, kreativiti ini wujud bahkan kini ‘Digital Vortex’ (Ledakan Digital) muncul di era ini,” ujar Dr Ahmad Hisham.

Hairul berkata, kolaborasi dengan individu lain yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan sesuatu sudah pasti menjadikan sesuatu produk lebih menarik.

“Jangan ada ‘mindset’ (pemikiran) takut untuk melakukan kolabrasi dan hanya fikir tentang persaingan sahaja sebaliknya lakukan sesuatu bagaimana untuk menghasilkan produk/servis yang lebih baik,”ujarnya.

Mengulas lanjut Santesh berkata, industri muzik berbeza zaman kini dan dahulu iaitu kini lebih memberi fokus kepada dunia digital.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Hisham mengutarakan pendapat bahawa setiap individu perlu melakukan kajian dan melihat sesuatu untuk mendapatkan idea.

“Individu harus memikirkan ‘unique selling point’ dan menjadikan diri mereka berbeza dengan orang lain iaitu apabila melakukan sesuatu harus mendapatkan maklumbalas dari orang lain untuk penambahbaikan,” katanya.

Hairul juga berkata internet boleh dijadikan salah satu sumber dalam mencari idea kreatif dan harus berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Kita kena fikir permasalahan yang kita hadapi dan apabila lakukan sesuatu, kita harus memberikan ‘value’ kepada orang lain serta memberikan manfaat kepada orang ramai,” ujarnya.

Santesh yang mendapat idea untuk menghasilkan idea komedi di Youtube berkata, ada individu di luar sana membuat konten yang sama seperti beliau, tetapi tidak mendapat sambutan kerana komedi yang bersifat formal.

“Apabila kita buat sesuatu lawak, tidak perlu terlalu formal, cukuplah lawak itu difahami oleh penonton dan kita boleh buat konten yang tengah tular di media sosial untuk menarik perhatian penonton,”katanya

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...