Pelancongan @ My LNA

‘Outreach’ Pulau Pangkor Bantu Capai Imuniti Kelompok Bulan September

94

25 Julai 2021- Pulau Pangkor dijangka mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada awal September kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Nancy Shukri.

Jelasnya, pemberian dos pertama dijangka selesai pada 8 Ogos 2021 dan akan disusuli dengan dos kedua mulai 13 Ogos

“Sekurang-kurangnya 8,026 orang penduduk layak untuk menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi.

“Seramai 1,002 individu telah menerima suntikan dos pertama manakala 1,056 orang telah lengkap dos pertama dan dos kedua, manakala 5,968 individu belum menerima vaksin,”katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung telah memulakan program outreach (jangkauan) tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu, Ahad).

“Program ini dijalankan dalam tempoh 8 minggu berturut-turut dengan sasaran kapisiti pemberian vaksin seramai 540 orang mulai 16 Julai.

“Seramai 25 orang sukarelawan telah dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri dan agensi-agensi MOTAC negeri, wakil Kerajaan Negeri serta sukarelawan yang dikenalpasti Pasukan Khas Imunisasi COVID-19 (CIFT) Daerah Manjung untuk membantu program ini.

Dalam pada itu, Kempen Promosi Rindu Melancong? Jom Vaksin Dulu! dilaksanakan oleh Tourism Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak pendaftaran vaksin dalam kalangan penduduk tempatan.

“Program COVID-19 Free Destination yang digerakkan MOTAC bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan destinasi pelancongan negara dan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles