AM

MBCC gambarkan Indeks Pelopor (IP) dan Indeks Serentak (IS) secara visual

100

Oleh Norazlan Hamid

PUTRAJAYA 5 Disember – Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) merupakan inovasi terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk menggambarkan secara visual Indeks Pelopor (IP) dan Indeks Serentak (IS) yang telah diterbitkan secara bulanan.

Foto kredit kepada DOSM

MBCC telah dilancarkan hari ini di sebuah majlis yang diadakan oleh DOSM dan majlis yang dihadiri oleh 110 orang jemputan yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan penyelidik tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. 

“Pembangunan MBCC ini setanding dengan inisiatif National Statistical Office (NSO) lain seperti Netherlands Business Cycle Tracer, Korea Business Cycle Clock dan OECD Business Cycle Clock. Dengan adanya MBCC ini akan memberi dimensi baharu kepada pengguna untuk memahami pergerakkan kitaran ekonomi secara visual dan mesra pengguna berbanding melihat data siri masa. 

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sedang berucap.
Foto kredit kepada DOSM

Inovasi ini memberikan nilai ditambah kepada pengeluaran produk-produk baharu Jabatan selain daripada pelbagai produk sedia ada.” kata Dr. Mohd Uzir.

Indeks Pelopor (IP) mengukur jangkaan hala tuju keseluruhan aktiviti ekonomi untuk masa hadapan di mana indeks ini berupaya memberikan isyarat awal arah tuju ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke atas manakala Indeks Serentak (IS) adalah ukuran komprehensif terhadap prestasi ekonomi semasa di mana ia juga merupakan gambaran kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar bulanan. Penyusunan indeks ini menepati garis panduan yang disarankan oleh Business Cycle Indicators Handbook, The Conference Board.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...