AM

KERAJAAN SELANGOR TUBUHKAN SELANGOR VOLUNTEER (SERV)

93

SHAH ALAM 19 JULAI 2021 – Kerajaan negeri Selangor mengambil maklum tentang kes jangkitan Covid19 yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC, Shah Alam pada 13 Julai lalu yang melibatkan 58 petugas sukarelawan belia. Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan bersetuju untuk memberi bantuan dan sumbangan bernilai RM30 ribu dalam bentuk tunai dan barang keperluan.

Bantuan khas kepada semua sukarelawan tersebut telah diadakan pada hari ini pada satu majlis bertempat di (PPV) IDCC, Shah Alam dan disampaikan oleh YB Tuan Mohd Khairuddin Othman Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Negeri Paya Jaras kepada Tn Haji Hasnata Bin Hassan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sebagai mewakili kumpulan sukarelawan tersebut.

Bantuan dan sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung para sukarelawan terbabit disamping ianya dapat menyuntik semangat para sukarelawan Selangor lain yang sedang bertugas.

Bagi menggalakkan lagi kerja sukarelawan di kalangan penduduk negeri Selangor, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menubuhkan Selangor Volunteer ataupun SERV yang akan diwujudkan di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Selangor Volunteer atau SERV akan berperanan sebagai membantu masyarakat dan kerajaan ketika berhadapan krisis dan bencana. Pasukan ini akan diletakkan dibawah Majlis Penggerak Belia Selangor dan kerajaan negeri mensasarkan sejumlah 3 ribu sukarelawan dapat didaftarkan pada tahun ini.

Kerajaan negeri Selangor mengharapkan agar penubuhan Selangor Volunteer atau SERV ini dapat memperkukuhkan lagi iltizam para sukarelawan di negeri Selangor dan memberikan perkhidatan yang baik kepada rakyat dan negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...