15 JULAI 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan kaedah vaksinasi walk-in bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur akan dimaklumkan kelak. Ini adalah susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan dalam sidang akhbar petang tadi.
Menurut CITF ia adalah bagi membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi.
Oleh itu, orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV esok sehingga maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini diumumkan dalam masa terdekat.” kata CITF.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment