AM

Penangguhan Perjumpaan Keluarga Sempena Aidiladha

117

14 JULAI 2021 – Perjumpaan keluarga bersama penghuni sempena Hari Raya Aidiladha 2021 ditangguhkan sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan media membenarkan penggantian perjumpaan bersemuka kepada penggunaan sidang video melalui emel Jabatan (Icewarp) bermula 21 Julai sehingga 25 Julai ini.

“Penggunaan kaedah tersebut (Icewarp) hanya dibenarkan kepada keluarga yang membuat tempahan dan hanya satu panggilan sahaja dibenarkan untuk memberi peluang kepada penghuni yang lain” ujar jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan turut memaklumkan penetapan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan dan membenarkan penghuni menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu.

“Tempahan dibuat menerusi panggilan telefon ke penjara berkenaan selain emel atau surat ke penjara berkenaan. Maklumat lanjut boleh diakses menerusi www.prison.gov.my”, ujar jabatan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...