AM

Polis Siasat Video Tular Mogok Code Black

452

14 JULAI 2021 – Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung klip video berdurasi 6 minit 49 saat.

Video bertajuk “Malaysian doctors on strike/mogok? 1st-12th July 2021 Code Black” melibatkan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Dr. Han @ Gigi Han yang mempertikaikan skim perlantikan doctor secara kontrak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana dengan niat hendak mengapikan mana-mana golongan melakukan kesalahan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan secara tidak wajar.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya”, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.  

Menerusi video tersebut, Dr. Han menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dengan menukar gambar profil di media sosial masing-masing dengan warna hitam selain memuat naik gambar beserta tanda pagar #SaveMYcontractHCW, #CodeBlackMY dan #BlackMonday pada 12 Julai yang lepas.

Menurut Abd. Jalil lagi, tindakan tersebut membawa maksud keadaan darurat di hospital serta memberikan sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak yang menuntut kesitimewaan sebagaimana pegawai perubatan tetap.

“Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis dan sebarang maklumat berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, ASP Ng Guan Seng di talian 03-8886 2222 atau Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145”, ujar beliau.

Beliau menambah pengguna media sosial orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam dan keharmonian negara.

“Individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam akan diambil tindakan tegas”, ujar beliau lagi. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...