AM

4 Tapak di Sarawak dan 1 di Sabah diarah tutup tidak patuh SOP – CIDB

881

12 JULAI 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa empat tapak bina di Sarawak dan satu lagi di Sabah diarahkan menghentikan operasi.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Operasi Pemeriksaan Tapak Bina oleh CIDB Sarawak telah dilakukan di sekitar daerah Kuching dan Betong. Jumlah tapak bina yang diperisa adalah sebanyak 11 tapak dan hasil pemeriksaan didapati 7 tapak bina tidak beroperasi, 2 tapak bina beroperasi dan patuh SOP yang ditetapkan dan 2 tapak bina telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta kerana tidak mematuhi SOP Akta 342.

Tindakan yang diambil oleh CIDB Sarawak adalah Notis N3E/2021: Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor).

Dalam pada itu, Operasi Khas Pemeriksaan Tapak Bina melibatkan CIDB Cawangan Sibu serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilakukan di sekitar daerah Sibu.

“2 tapak bina telah diarahkan menghentikan operasi serta merta oleh Penguatkuasa CIDB Cawangan Sibu setelah gagal mematuhi SOP PPN yang ditetapkan oleh KKM.

Di tapak yang pertama, kesalahan yang didapati adalah gagal mempamerkan MySejahtera dan gagal nama kehadiran serta semakan suhu pekerja. Di tapak yang kedua, kesalahan yang didapati adalah jumlah Jumlah pekerja ditapak bina melebihi 60% seperti yang dibenarkan dalam SOP PPN.

Tindakan oleh CIDB Cawangan SIbu adalah Notis N3E/2021: Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor).” kata CIDB.

Manakala di Sabah, Operasi Pemeriksaan Tapak Bina oleh CIDB Cawangan Sandakan telah dilakukan di Daerah Sandakan. Kata CIDB, satu tapak bina telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta oleh Penguatkuasa CIDB Cawangan Sandakan setelah gagal menunjukan kelulusan kebenaran beroperasi tapak MITI dan laporan kesihatan/keputusan pemeriksaan COVID-19 pekerja yang berada di tapak bina serta gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.

“Kesalahan lain yang didapati adalah kerja yang dilakukan tiada kelulusan MITI, tiada keputusan saringan COVID-19 pekerja dan gagal mempamerkan Permit Sementara Bangunan (rumah kongsi/penempatan pekerja/asrama/CLQ) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tapak bina.

Tindakan oleh CIDB Cawangan Sandakan adalah Notis N3E/2021: Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor).” kata CIDB.

Di Terengganu pula, Operasi Pemeriksaan Tapak Bina oleh CIDB Negeri Terengganu telah dilakukan di Kuala Nerus dan bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak 8 tapak di mana 5 tapak bina tidak beroperasi dan 3 tapak bina beroperasi dan patuh SOP yang ditetapkan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...