AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MYNIC Latih Usahawan Ke Arah Pendigitalan Perniagaan

144

10 JULAI 2021 – Kerajaan hari ini akan memfokuskan kepada kumpulan 3 iaitu usahawan yang ingin beralih kepada pendigitalan perniagaan supaya mereka terus  kompetitif dan kekal relevan kepada persekitaran perniagaan norma baharu sejajar dengan hasrat dan usaha kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, menerusi hasrat tersebut, MYNIC yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia akan melatih sekurang-kurangnya 500 PKS di negeri Pahang dengan latihan pendigitalan.

Selain itu juga, program webinar MYNIC telah melibatkan lebih dari 5,000 PKS di kawasan pantai timur.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan bengkel secara maya ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota dengan kerjasama MYNIC hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Dr. Mohamed Awang Lah, Pengerusi MYNIC dan Datuk Ts. Hasnul Fadhly  Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.

Menurut Saifuddin lagi, kategori perniagaan yang beralih kepada pendigitalan dikategorikan sebanyak 3 kumpulan di mana kumpulan pertama adalah usahawan yang sudah mahir dan telah mencapai kejayaan peringkat antarabangsa.

Tambah beliau kumpulan kedua pula ialah usahawan yang sudah lama bermigrasi kepada pendigitalan dan sudah mahir dan selesa tetapi memerlukan bantuan dari segi dana-dana untuk membesarkan lagi perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

Manakala kumpulan ketiga adalah usahawan yang baru beralih kepada alam digital. Justeru itu, kumpulan ini akan dibantu dan dilatih untuk dunia perniagaan digital.

Beliau turut memaklumkan sejumlah 870 Pusat Internet KKMM telah menganjurkan pelbagai kursus e-dagang sebelum ini serta penganjuran kursus-kursus di bawah agensi lain.

Menerusi program PRIME (Program Realisasi Impian Digital) pula, MYNIC telah berjaya melatih seramai 13,000 orang usahawan dan masih meneruskan inisiatif adaptasi digital yang menyasarkan kepada PKS tempatan di luar bandar.

Penganjuran bengkel selama satu 1 hari ini akan meningkatkan kemahiran PKS dalam menggunakan teknik pemasaran digital dengan berkesan melalui aplikasi pemasaran digital seperti Search Engine Optimization (SEO), pemasaran melalui media sosial dan penambahbaikan kandungan dalam memasarkan perniagaan.

Peserta akan menerima nama domain BIZ.MY percuma, mengukuhkan penjenamaan perniagaan dan produk, meningkatkan capaian kepada pelanggan dan berpeluang meningkatkan jualan selepas program berakhir.

Menerusi program ini, MYNIC akan menyediakan bimbingan selama tiga (3) bulan akan dilakukan bagi mengukuhkan teknik-teknik yang telah dipelajari.

Sementara itu, Hasnul berkata MYNIC akan menggiatkan lagi usaha untuk melatih lebih ramai PKS di Pahang yang bermula di Indera Mahkota dengan latihan-latihan pendigitalan perniagaan.

Beliau menggalakkan lebih ramai pihak akan tampil untuk bekerjasama dengan MYNIC bagi menjayakan sebarang inisiatif adaptasi digital seterusnya menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara.

Sementara itu, Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota turut mengumumkan peruntukan RM 300 ribu untuk bantuan bakul makanan di bawah Pelan Pemulihan Negara sudah diperolehi oleh parlimen beliau.

“Pejabat parlimen sudah melaksanakan pembelian dan pembungkusan makanan dan keperluan asas merangkumi beras, gula, tepung, minyak masak selain pelitup separuh muka dan hand sanitizer yang berjumlah keseluruhan 6000 bakul makanan”, ujar beliau.

Beliau berkata bakul makanan tersebut akan mula diagihkan bermula hari ini sehingga minggu depan berdasarkan kepada senarai-senarai penerima yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan badan bukan kerajaan di dalam Indera Mahkota selain Pejabat ADUN Berserah.  

Menurut beliau lagi, sebelum ini pejabat parlimen beliau telah melaksanakan inisiatif serupa dengan peruntukan daripada pejabat parlimen dan parti.

Beliau juga menambah, bagi masyarakat yang memerlukan boleh menghubungi pejabat parlimen selain pasukan bergerak pejabat parlimen akan ke rumah-rumah yang mengedarkan bendera putih.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...