Ekonomi @ My LNA

Operasi Sektor Terpilih di Selangor Dibenarkan – MITI

121

7 JULAI 2021 – Kerajaan membenarkan sektor beberapa sektor kritikal dan penting yang berada di lokaliti PKPD dalam Selangor beroperasi.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan media semalam menjelaskan sektor Elektrikal & Elektronik (E&E) dan rantaiannya, dan sektor Aeroangkasa (Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan (MRO).

Selain itu, sektor Mesin dan Peralatan (M&E) yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan, serta syarikat pembuatan makanan dan minuman yang utama dibenarkan untuk beroperasi

Pembukaan semula sektor ini setelah MITI mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Kewangan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) semasa Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“MITI ingin memaklumkan keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengeluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan & minuman di dalam negara”, ujar kementerian tersebut.

Kementerian tersebut juga mengingatkan kewajipan syarikat-syarikat untuk mematuhi SOP Pengilangan dan Pembuatan PKPD.

Pihak industri juga adalah diwajibkan mematuhi kapasiti operasi pada kadar 60 peratus bagi pekerja di premis dan 40 peratus lagi pekerja untuk melaksanakan amalan Bekerja Dari Rumah.

“Surat kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ dan bertarikh pada bulan Jun 2021 dan ke atas dibenarkan untuk sektor yang memulakan operasi”, ujar kementerian tersebut lagi.

MITI berkata kementeriannya tersebut sedang dalam proses pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), yang bermula 16 Jun yang lepas. 

MITI menambah program vaksinasi tersebut akan dipertingkat dan dipercepatkan untuk melindungi kesihatan pekerja dan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

Selain itu, kementerian tersebut juga akan meningkatkan penguatkuasaan berdasarkan penilaian Sistem Amaran Awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengesan lokasi berisiko penularan Covid-19. 

Senarai produk makanan dan minuman utama ini disenaraikan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor yang boleh diakses di laman web www.miti.gov.my.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...