AM

KPM bantu ringankan beban penyedia perkhidmatan di institusi

61
Close-up of cleaners moping the floor of a hall

4 JULAI 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan beberapa langkah bagi membantu meringankan beban kewangan penyedia perkhidmatan di institusi bawah KPM khususnya kontraktor perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) serta pekerja terlibat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut KPM menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, bagi perkhidmatan KBK, pembayaran kepada kontraktor akan dibuat sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak. Oleh itu, tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja KBK.

“Bagi perkhidmatan BMB pula, KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.” kata KPM.

Di samping itu, KPM juga memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha kantin serta penyewa premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) yang terjejas akibat penutupan sekolah bawah KPM.

“Dalam hal ini, KPM telah membuat ketetapan untuk memberi pengecualian sewaan kantin dan premis/ruang tersebut bagi tempoh 6 bulan mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021.

Selain daripada itu, KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) di sekolah bawah KPM secara automatik untuk tempoh satu (1) tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.” kata KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...