AM

Kerja Pembinaan Di Kawasan PKPD Dihentikan

75

KUALA LUMPUR 3 JULAI 2021 – Semua kerja pembinaan di kawasan PKPD perlu dihentikan serta merta dan penggunaan surat kebenaran Miti yang diterima tidak lagi boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan.

Menteri Kanan dan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kementeriannya merujuk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai ini.

“KKR Kementerian Kerja Raya (KKR) menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan penurunan kes COVID-19 di kawasan yang terlibat serta mendapatkan kebenaran polis menjalankan kerja-kerja diatas”, ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

SOP terkini boleh dirujuk di laman web MKN https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkppemulihan/. Maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy, laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...