2 JULAI 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menganjurkan Malaysian Buskers Festival 2021 dalam usaha mempromosikan pemuzik jalanan (buskers) dan membantu mereka menjana pendapatan.
Episod kali ini disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook ASWARA, seramai tiga buah kumpulan buskers yang berbakat iaitu Rubber Band, Ahoi&Co dan Sakti memberikan sajian istimewa buat penonton.
Persembahan pembukaan daripada Rubber Band yang menyanyikan lagu Fikirkan Dulu nyanyian asal Datuk Shiela Majid dan Cinta, tidak dinafikan suara lunak penyanyi itu telah menghiburkan hati.
Dalam pada itu, Ahoi&Co memberikan sedikit kelainan dengan membawa lagu-lagu klasik seperti Sudah Nasib dan Kalau Mahu Kenal nyanyian asal Saloma dan Zahara Agus.
Berbeza dengan Sakti, yang memilih lagu-lagu era 80an, Kali Pertama nyanyian Fairuz Hussein dan These Dreams hasil karya kumpulan antarabangsa, Heart.
Berdurasi selama 30 minit, program ini juga dihiasi dengan celoteh pengacara yang tidak asing lagi, Elly Ariffin dan Azmi Jamsari.
Dalam pada itu, program ini dilaksanakan di bawah peruntukan dana daripada KKMM iaitu Dana Kandungan Digital (DKD).
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
- SIMPPLE Ltd. Announces Sale and Deployment of 89 Autonomous Cleaning Robots Across Three Major MRT Lines in Singapore Operated By SMRT Trains
- Longtime TDECU Board Member Roland Hendricks Takes The Lead
- Record-Breaking Construction Progress for Hudson Bay Railway and Port of Churchill in 2024
Leave a comment