PUTRAJAYA 2 JULAI 2021 – Keputusan tawaran bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ke Tingkatan Enam tahun 2021 akan diumumkan pada 5 Julai 2021.
Dalam satu kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menyatakan semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam itu boleh dibuat hingga 15 Julai depan.
“Semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat melalui kaedah dalam talian menerusi Portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.gov.my/“.
“Bagi pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran” katanya.
Menurut KPM, murid lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam tetapi tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.
“Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan mereka.
“Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai depan” katanya.
Tambah KPM, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui portal yang sama. Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama.
“Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment