PUTRAJAYA 30 JUN 2021 – Malaysia bakal menerima ketibaan vaksin sumbangan Kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat untuk negara jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, pada 1 dan 2 Julai ini Malaysia akan terima satu juta vaksin Astra Zeneca sumbangan Jepun manakala Amerika Syarikat pula menyumbangkan satu juta vaksin keluaran Pfizer.
“Sumbangan ini melambangkan keprihatinan kedua-dua kerajaan serta kepercayaan mereka terhadap negara kita dalam memerangi COVID-19 dan menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak ini” katanya dalam sidang media mingguan PICK di Putrajaya yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
“Kerajaan Malaysia berterima kasih atas sumbangan tersebut dan menunjukkan negara berkenaan percaya dengan usaha negara dalam memerangi COVID-19”.
“Bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan lagi PICK dan bantu Malaysia capai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)”.
“Vaksin akan diedarkan segera ke PPV seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat” katanya.
Tambah Khairy, beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega akan mula beroperasi dengan kadar lebih tinggi bermula hari ini dengan pelaksanaan suntikan dos kedua.
“Antara PPV mega terlibat ialah di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), kapasiti akan meningkat kepada 8,000 dos sehari. Selain itu, PPV Setia City Convention Centre juga akan meningkat kepada 6,000 dos sehari.
“Semua fasiliti yang terlibat telah dipersiapkan untuk menampung kadar vaksinasi yang lebih tinggi bagi memastikan kelancaran operasi vaksinasi di PPV masing-masing” katanya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment