AM

Kerajaan harus pertimbangkan pemberian vaksin AstraZeneca sebagai dos pertama, Pfizer-BioNtech sebagai dos kedua

116

27 JUN 2021 – Kerajaan sepatutnya memanfaatkan sumber vaksin yang terhad dengan mengubah strategi untuk membolehkan lebih ramai lagi orang menerima sekurang-kurangnya dos pertama bagi melawan varian Delta yang membimbangkan.

Menut ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung di dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan harus mengikut strategi negara lain seperti United Kingdom, Sepanyol, Jerman, Kanada dan Korea Selatan bagi mempertimbangkan untuk memberi vaksin AstraZeneca sebagai dos pertama. Katanya lagi, sekiranya bekalan vaksin AstraZeneca tidak mencukupi, maka vaksin mRNA keluaran Pfizer-BioNtech diberikan sebagai dos kedua.

“Memandangkan tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca adalah tiga bulan, tempoh itu adalah cukup masa untuk memulihkan bekalan vaksin yang terhad. Selain itu, sekurang-kurangnya tiga kajian terbaharu telah menunjukkan bahawa penggunaan dua vaksin berlainan adalah efektif untuk melawan varian-varian Covid-19.

Ekoran pengumuman Menteri Luar Jepun yang akan menyumbang sebanyak 1 jujta dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia mulai Julai, sudah pasti usaha ini dapat membantu dalam mengubah strategi vaksinasi negara kita.

Diharapkan dengan ini, negara dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus herd immunity menjelang akhir tahun dan pada masa yang sama, dapat mengekang varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi itu.” katanya.

Terdahulu, Liow Cai Tung telah melawat PPV Seri Alam dan menyumbang 5 unit kerusi roda bagi penggunaan warga emas supaya dapat memudahkan pergerakan warga emas apabila mereka menerima Vaksin di dewan.


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...