SEMASA UTAMA

COVID -19 : Jumlah kes baharu sebanyak 5,586

27 Jun 2021 –  Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,586 kes.

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,212 kes dikuti Kuala Lumpur (628), Kelantan (133), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501) dan Johor (312).

Selain itu, Kedah merekodkan 129 kes, Pulau Pinang (138), Pahang (118), Terengganu (16), Perak (229), Melaka (380), Sabah (190), Labuan (83) dan Putrajaya (4). Sementara itu Perlis tidak mencatat sebarang kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 734,048.