AM

PDRM siasat Ganesparan

92

26 JUN 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat Ganesparan A/L Nadaraja yang mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, berbaur perkauman, bersifat jelik terhadap insitusi diraja dan kerajaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Terkini, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan pada 25 Jun 2021, suspek telah memuat naik sebuah video bertajuk “racist in vaccine malaysia” melalui akaun facebook Ganesparan Nadaraja di pautan url https://fb.watch/6luyl1jtn8/. Suspek dalam kenyataannya mendakwa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari china jenama “sinovac” diberikan kepada golongan bukan muslim manakala muslim diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama “pfizer”.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mungkin menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Sejak tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek di bawah Akta Hasutan 1948 dan kesalahan-kesalahan di bawah kanun keseksaan iaitu Seksyen 298a, Seksyen 500, Seksyen 504 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Siasatan turut dijalankan selari dengan peruntukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.” kata Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

Tambah beliau, PDRM komited dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang dipercayai berada di negara Jerman. Kata beliau, semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati pergerakan (keluar) terakhir suspek ialah pada 2 november 2017 melalui lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan status pasport telah dibatalkan oleh JIM pada 25 november 2020.

“PDRM meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil bagi membantu siasatan. pdrm turut menyeru orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan serta tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihan sumbernya. Orang ramai turut dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara. tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.” kata Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...