Kenyataan Media

PICK : Nancy puas hati sambutan penduduk Gedong

52

26 JUN 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato Sri Hajah Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong berpuas hati dengan sambutan penduduk di Gedong terhadap Program Imunisasi Vaksin Covid-19 yang masuk hari ke-4. Nancy berpuas hati dengan jumlah kehadiran penduduk di situ yang mencapai sasaran 500 penerima sehari dan berkata kerjasama sebegini amat penting agar proses vaksinasi rakyat di negeri ini dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

“Sebagai Kerajaan yang prihatin, kita mahu memastikan imuniti kelompok rakyat di negeri ini mencapai tahap yang meyakinkan. Bukan itu sahaja, kita perlu bersiap sedia kerana sekiranya darurat penularan wabak Covid-19 tamat pada Ogos nanti, maka kita perlu pula bersedia jika Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak perlu diadakan pada bila-bila masa dan tertakluk kepada situasi jika diizinkan. Oleh itu, jika rakyat di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin, maka kita akan berasa lebih yakin.” kata Nancy.

Program Imunisasi Vaksin Covid-19 bagi dos pertama di daerah Simunjan telah diadakan pada 14 Jun hingga 22 Jun lalu dan berjaya mencapai jumlah 6,274 penerima suntikan vaksin yang terdiri daripada barisan hadapan, warga emas dan yang berisiko tinggi di PPV-1 Dewan Masyarakat Simunjan dan PPV-2 RTC Munggu Lalang.

Berhubung dengan industri pelancongan dan kebudayaan, Nancy berkata kejayaan program vaksinasi di kalangan rakyat dapat memberi harapan kepada penggiat industri itu untuk segera bangkit semula memandangkan operasi industri berkenaan kini semakin terjejas dan perlu diselamatkan seberapa segera.

“MOTAC telah menyediakan satu kerangka secara holistik berhubung Pelan Pemulihan Pelancongan (Tourism Recovery Plan) selari dengan Pelan Pemulihan Negara seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini yang menggariskan tiga (3) fasa bertujuan membantu pihak kerajaan mempercepatkan program vaksinasi di seluruh negara agar Program Covid-19 Free Destination di negara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...