26 JUN 2021 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12:00 tengah hari.
Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah :
(a) semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12:00 tengah hari;
(b) perkhidmatan SMS ringkasan keputusan dengan menaip STPMNo. K/PAngka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi sehingga 9 Julai 2021 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari;
(c) keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM); dan
(d) bagi calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/ persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment