Pelancongan @ My LNA

Nancy optimis sektor pelancongan dan kebudayaan dapat dibuka pada September jika rakyat patuh SOP

62

25 JUN 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata meskipun MOTAC mensasarkan sektor pelancongan dan kebudayaan dapat dibuka pada bulan November tahun ini di seluruh negara, beliau bagaimanapun tetap optimis kemungkinan dapat dibuka lebih awal pada bulan September jika rakyat di negara ini terus mematuhi SOP dan situasi semasa COVID-19 berada pada tahap yang tidak membimbangkan.

Menurut Nancy, penggiat sektor ini perlu meneruskan operasi ekonomi untuk terus berdaya tahan walaupun masih terpaksa berdepan dengan cabaran yang dihadapi. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan kunjungan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pelancongan di Kuching yang bertempat di Bangunan Association of Church Sarawak.

MOTAC bersama Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) melaksanakan Program Sukarelawan Pelancongan bagi Negeri Sarawak yang bermula semalam. Program tersebut melibatkan seramai 2,000 orang barisan hadapan dalam sektor pelancongan dan kebudayaan (tourism frontliners) menerima suntikan vaksin.

Menurut Nancy, prorgam ini adalah merupakan strategi untuk memberi keyakinan kepada orang ramai jika sektor pelancongan dibuka nanti dan apabila sasaran 80% imuniti kelompok mencapai objektifnya. Kata beliau, usaha ini juga dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencapai matlamat meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh Malaysia sekaligus mempercepatkan proses vaksinasi di kalangan rakyat di negara ini khususnya di negeri Sarawak.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan beliau turut menyatakan bahawa Program Sukarelawan Pelancongan bagi Negeri Sarawak turut akan diadakan di Sibu dan Miri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles