25 JUN 2021 – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan pendirian yang telah diumum sebelum ini, iaitu Darurat yang diisytihar pada 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan perlu ditamat segera.
Kata PH berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi.
Tambah PH dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat akan mengadakan mesyuarat terakhir pada Julai ini.
“Dalam mesyuarat tersebut, wakil Pakatan Harapan akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu menjunjung titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat, menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha pengawalan pandemik COVID-19 dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021.” kata PH.
- UEM EDGENTA Hosts Aidilfitri Corporate Open House
- The Asean-Japan Centre Relaunches Official Website: New Database And Interview Content Added
- Getting over our stigma by getting to know them
- Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?
- KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia
Leave a comment