24 JUN 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan aktiviti penjualan vaksin.
Dalam satu kenyataan daripada CITF semalam, pihaknya telah membuat dua laporan kepada PDRM pada 14 Jun 2021 dan 22 Jun 2021 hasil aduan orang ramai berkenaan hal terbabit.
CITF menegaskan bahawa tiada vaksin atau slot janji temu boleh dijual sama sekali.
“Pemberian suntikan vaksin adalah dilaksanakan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)” katanya.
Tambah CITF, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memutuskan bahawa vaksin tidak boleh dijual kepada penerima atau dibekalkan kepada pihak lain tanpa kebenaran kerajaan persekutuan.
“Ingin juga kami tegaskan bahawa tiada kelulusan telah dikeluarkan oleh JKJAV kepada mana-mana pihak untuk tujuan ini.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk terus melaporkan kepada PDRM sekiranya ada tawaran penjualan vaksin kepada mereka” katanya.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment