AM

Kerajaan Sasar 60% Penduduk Divaksin penghujung September – Khairy Jamaluddin

97

23 JUN 2021 – Malaysia menyasarkan 60% penduduk akan menerima vaksin penghujung September ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), kerajaan menetapkan sasaran untuk memberi 150,000 vaksin setiap hari sepanjang bulan Jun dan akan meningkatkan pemberian sebanyak 200,000 sehari pada bulan Julai ini.

“Sehingga 19 Jun, seramai 4.08 juta individu merangkumi 12.5% penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 1.58juta penduduk menerima dua dos”, ujar Khairy ketika menyampaikan ucapan bersempena pelancaran ke-24 Pemantauan Ekonomi Malaysia sebagai Hab Pertumbuhan Inklusif Bank Dunia.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Malaysia berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan bertindak dengan pantas untuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan pusat vaksinasi untuk meningkatkan kadar vaksinasi.

Beliau berkata, seramai 1000 orang pengamal kesihatan dari sektor swasta akan terlibat secara langsung dalam pemberian vaksin pada akhir bulan ini dan bulan depan serta turut melibatkan kakitangan kesihatan yang telah bersara selain mengaktifkan unit bergerak untuk vaksinasi.

“Sementara kerajaan menunggu rancangan imunisasi memberikan impak, kerajaan akan terus menyokong firma yang terkesan dan memelihara kebajikan pekerjaan untuk rakyat melalui pelbagai pakej bantuan.

Malaysia merekodkan 9000 kes harian pada bulan Mei memaksa kerajaan untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan penuh ketiga untuk mengawal penularan pandemic Covid-19 sekaligus menyaksikan produktiviti dan aktiviti ekonomi negara menguncup.   Menurut Khairy lagi, jalan keluar daripada krisis kesihatan awam atau krisis ekonomi ini adalah kekuatan kolektif masyarakat Malaysia untu melancarkan rancangan imuniasasi dengan segera selain menguruskan kes jangkitan dan lonjakan harian yang baru selain memantau kapasiti hospital supaya sektor kesihatan tidak lumpuh.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...