AM

Sindiket Tawaran Kerja Agen Pembelian Dalam Talian Tumpas

233

JOHOR BAHRU 23 JUN 2021 – Polis menumpaskan satu kegiatan sindiket tawaran kerja sebagai agen jualan sambilan laman sesawang pembelian dalam talian terkenal dalam serbuan di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, polis menyerbu 4 empat  buah premis yang dijadikan sebagai pusat servis panggilan untuk merekrut agen jualan sambilan laman untuk laman membeli belah terkenal.

“Seramai 11 lelaki dan 11 perempuan berumur 15 sehingga 28 tahun ditahan reman selama 3 hari bermula 22 Jun sehingga 24 Jun di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan untuk membantu siasatan”, ujar beliau dalam sidang media hari ini. 

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 48 unit telefon pintas, 12 unit komputer, 2 buah buku latihan dan 2 unit modem.

Beliau berkata modus operandi kumpulan sindiket ini adalah bertindak dengan membuat hebahan secara rawak dengan menghantar Whatsapps kepada orang ramai untuk direkrut sebagai agen jualan dengan komisen ditawarkan sebanyak 8% sehingga 15% bergantung kepada barang yang dijual. Mangsa akan direkrut apabila menghubungi nombor pusat servis panggilan yang diberikan. 

Ayob berkata, selepas bersetuju, mangsa akan diarahkan untuk masukkan sejumlah wang kepada akaun yang kebanyakkan akaun bank di Singapura dan Malaysia.  

Kumpulan sindiket ini menyasarkan warga Singapura dan Malaysia telah beroperasi sejak sebulan lepas dan berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk mengelak ditangkap oleh pihak berkuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Timi di talian 019-773728 atau Infoline Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor di talian 013-2111122 dan Bilik Gerakan IPK Johor di talian 07-2254074.

Ayob turut menasihatkan orang ramai agar peka dan tidak mudah terpedaya atas tawaran yang meragukan. Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule untuk menyemak akaun yang mencurigakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang...