AM

KDN Perketat Pemeriksaan di Kilang dan SJR

79

PUTRAJAYA 18 JUN 2021 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperhebatkan pemeriksaan di kilang dan premis perniagaan serta memandang serius tindakan majikan atau kilang yang memberikan maklumat tidak benar untuk memperolehi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh PKP ‘lockdown’ dan mengabaikan pematuhan SOP.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sejumlah 7,387 kilang dan 41,383 premis perniagaan telah diperiksa manakala 21 tangkapan dibuat, dan 201 kompaun telah dikeluarkan terhadap kilang atau premis perniagaan yang didapati melanggar SOP. Selain itu, sebanyak 63 kilang dan premis perniagaan telah diarahkan untuk ditutup.

“Bagi Sekatan Jalan Raya (SJR) dari 1 hingga 17 Jun 2021, sebanyak 14,539 kompaun telah dikeluarkan dan 767 tangkapan telah dibuat oleh pihak PDRM atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP termasuk penutupan 132 jalan- jalan kecil yang dikenal pasti menjadi laluan alternatif orang awam untuk melanggar larangan rentas negeri dan daerah”, ujar beliau.

Beliau menambah, bagi melindungi petugas KDN dan agensi serta memastikan kekuatan pasukan penguatkuasaan dapat dikekalkan, sehingga 16 Jun 2021, hampir 85% atau 150,934 orang petugas barisan hadapan KDN telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 manakala 75% atau 133,781 orang daripada petugas barisan hadapan di bawah KDN telah melengkapkan suntikan dos kedua.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya seperti PDRM, RELA, APMM, JIM, PENJARA dan JPN telah melaksanakan hampir 95,000 pemeriksaan harian bagi memastikan segala arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi oleh semua pihak”, ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Foto kredit KDN

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...