AM

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dijadual bersidang bermula 24 Ogos

84

KANGAR 18 JUN 2021 – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Hamdan Bahari memaklumkan bahawa DUN Perlis dijadual kembali bersidang selama tiga hari bermula 24 Ogos ini. Kata beliau, Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Sidang DUN ke-14 itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan baginda berkenan untuk merasmikannya pada 24 Ogos.

Menurut laporan BERNAMA hari ini, Hamdan berkata satu mesyuarat bersama agensi berkaitan antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JPN) Perlis dan agensi berkaitan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mendapat nasihat dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan lain berkaitan COVID-19.

“Ini bukan kali pertama sidang DUN berlangsung dalam tempoh wabak COVID-19 namun kita akan tetap beri penekanan terhadap aspek pematuhan SOP sepertimana yang dilakukan sebelum ini,” kata Hamdan.

Hamdan turut menasihati ahli dewan yang akan mengikuti persidangan agar memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan dengan usaha memutuskan rangkaian COVID-19 berbanding dengan isu lain.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...