Kenyataan Media

PIKAS : Seramai 5,123 dijangka akan divaksin di PPV Pengerang

125

18 JUN 2021 – Sejak pembukaannya pada 16 Jun 2021, seramai 5,123 pekerja dijangka akan divaksin Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 di Pengerang, Johor. Pada hari ini, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Timbalan Menteri MITI Datuk Lim Ban Hong telah membuat lawatan tapak ke lokasi tersebut. Selain Pengerang, mereka turut membuat lawatan pemantauan persiapan PPV di Austin International Convention Centre.

Menurut MITI menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, PPV di Pengerang adalah PPV on-site di bawah Model 2 PIKAS sementara PPV di AICC pula adalah PPV Common Use di bawah Model 1 PIKAS. Jelas MITI, Setakat 16 Jun 2021, secara keseluruhannya sebanyak 2,082 syarikat dari seluruh negara dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar di dalam PIKAS.

“Bagi negeri Johor, sebanyak 255 syarikat telah berdaftar dan seramai 14,357 pekerja adalah pemain industri di Johor.” kata MITI.

Program PIKAS adalah langkah responsif berikutan cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi bagi rakyat, untuk mencapai imuniti kelompok di dalam komuniti. Program yang dilancarkan pada 12 Jun ini disasarkan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan. Program ini telah mendapat sokongan penuh pemain industri dan bakal memberi impak positif kepada produktiviti di tempat kerja selain memberi jaminan perlindungan kesihatan mereka.

“Vaksinasi bagi golongan rentan tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan di bawah program PICK dan tidak akan dikompromikan, namun pelaksanaan PIKAS adalah penting dalam melindungi pekerja daripada risiko jangkitan.

MITI telah memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program ini tidak akan dibebani dengan kos tambahan dan vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan kepada pekerja. Lebih 150,000 dos sebagai permulaan telah diperuntukkan untuk program PIKAS. Melalui program kolaborasi awam-swasta ini, majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat.”jelas MITI.

PIKAS adalah sebuah inisiatif di bawah Fasa 4 PICK dan adalah sebuah kolaborasi inovatif di antara pihak awam dan swasta. Vaksinasi untuk sektor pembuatan di bawah PIKAS memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan yang kritikal seperti elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...