AM

Caj Tambahan Barang Yang Di Alamatkan Ke Universiti Bebankan Pelajar – Mas Ermieyati

92

PUTRAJAYA 18 JUN 2021 – Caj tambahan yang dikenakan oleh pihak universiti kepada kiriman bungkusan yang di alamatkan ke universiti akan merugikan sistem keusahawanan tegas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

“Ketika pandemik COVID-19 ini, penjual amat bergantung kepada pembeli dalam talian khususnya daripada kalangan pelajar yang duduk di universiti” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas isu berkenaan selepas tular di laman sosial Twitter dan mendapat reaksi hebat daripada pengguna aplikasi tersebut berhubung caj pihak universiti tersebut.

“Caj yang dikenakan ini akan membebankan pembeli dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu membayar kos berganda untuk mendapatkan kiriman bungkusan daripada pembeli”.

“Sudahlah perlu mengeluarkan duit pengangkutan untuk ke bangunan pentadbiran kemudian perlu mengeluarkan duit untuk caj tambahan ini” tegas beliau.

Beliau juga berharap agar pihak pentadbiran universiti yang terlibat dapat melihat perkara ini sebagai satu usaha bersama dalam membantu kerajaan meningkatkan ekonomi usahawan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...