AM

Yang Dipertuan Agong Bertitah Parlimen Perlu Bersidang

128

KUALA LUMPUR 16 JUN 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertitah supaya Parlimen segera bersidang bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Seri Paduka Baginda menyedari tentang peranan parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu.

Titah baginda lagi, Dewan Rakyat boleh berbincang berkaitan peruntukan kerajaan khususnya dalam membantu rakyat yang kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsudin berkata, Yang Dipertuan Agong turut menzahirkan agar angka jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinisasi adalah satu-satunya “exit strategy”bagi mengawal penularan wabak tersebut, ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu juga, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan supaya kerajaan bertindak dengan tegas dalam memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80% dapat dicapai seawal mungkin.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat dan petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam memerangi penularan Covid-19 di negara ini.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat Malaysia berdoa agar negara dan rakyat sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari segala musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan segera.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...