Pelancongan @ My LNA

Qatar Airways Cadang Buka Semula Penerbangan Terus Dari Qatar Ke Langkawi

110

PUTRAJAYA 15 JUN 2021 – Qatar Airways bercadang untuk membuka semula penerbangan terus dari Qatar ke Langkawi sebagai inisiatif syarikat penerbangan tersebut dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri berkata Malaysia mengalu- alukan kerjasama erat dengan Qatar dan berharap projek rintis ini dapat memulihkan semula industri pelancongan negara terutamanya di Langkawi.

“MOTAC sedang berusaha ke arah untuk menjadikan destinasi pelancongan Langkawi sebagai destinasi rintis untuk Program COVID-19 Free Destination dengan mensasarkan 80% penduduk pulau tersebut mencapai tahap imuniti kelompok” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan rintis yang dipilih memandangkan pulau tersebut turut menjadi pintu masuk penerbangan antarabangsa termasuk Qatar Airways.

Usaha ini juga sebagai persediaan awal untuk menyemarakkan industri pelancongan yang juga akan dilaksanakan secara berperingkat di lokasi-lokasi yang lain setelah semua penduduk mencapai tahap imuniti kelompok dan sempadan negara dapat dibuka semula.

Terdahulu, Nancy telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Fahad Mohd Y. Kafoud secara atas talian pada pagi ini dan turut disertai oleh Dato’ Muzammil Mohamad, Regional Manager of Qatar Airways.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai cabaran industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik COVID-19 serta potensi pelancongan menerusi travel bubble antara kedua negara apabila sempadan negara dibuka untuk aktiviti pelancongan kelak”.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles