Politik @ My LNA

BERSATU iktiraf keberkesanan pelaksanaan PKP ‘lockdown’ dan pewartaan beberapa ordinan darurat – Hamzah

158

12 JUN 2021 – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata BERSATU merakamkan ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan serta keyakinan Seri Paduka Baginda terhadap langkah- langkah yang diambil kerajaan dalam mentadbir negara, terutamanya dalam menangani penularan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, BERSATU juga mengiktiraf keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘lockdown’ dan pewartaan beberapa ordinan darurat.

“Ia seperti Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 serta Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 bagi melindungi rakyat dalam tempoh yang genting ini.

Langkah-langkah tersebut telah terbukti mampu mengawal jangkitan COVID-19 dalam negara daripada 9,020 kes pada 29 Mei 2021 kepada sekitar 6,000 kes harian ketika ini dan berjaya mengelakkan peningkatan kes jangkitan harian yang tinggi secara eksponen diluar jangkaan.” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga bersetuju sebulat suara untuk meluluskan beberapa pindaan terhadap Peraturan Persidangan BERSATU, Peraturan Sayap ARMADA BERSATU, Peraturan Sayap SRIKANDI BERSATU dan Peraturan Sayap Bersekutu BERSATU selaras dengan pindaan Perlembagaan Parti BERSATU yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“BERSATU yakin dan percaya bahawa pindaan-pindaan tersebut mampu memperkasakan gerak kerja parti, melicinkan urusan pentadbiran parti dan mengukuhkan akar umbi BERSATU disetiap peringkat di seluruh negara.” kata Hamzah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...