PUTRAJAYA 10 JUN 2021 – Sebanyak 2 568 buah Syarikat Pengendali Pelancongan telah menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM 3 000 di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan sebanyak RM 7.704 juta bantuan kewangan telah disalurkan kepada 2 568 buah syarikat bagi meringankan beban syarikat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Dalam masa yang sama, pihak MOTAC bersetuju untuk menambah baik syarat-syarat kelayakan bagi memastikan lebih banyak golongan sasar dapat menerima manfaat daripada bantuan khas ini.
“MOTAC berharap dengan penambahbaikan syarat kelayakan PEMERKASA ini, lebih banyak Syarikat Pengendali Pelancongan dapat tampil dan mengemukakan permohonan untuk menerima bantuan kewangan yang disediakan” katanya.
“Syarikat Pengendali Pelancongan diseru untuk mengambil peluang yang ditawarkan ini dengan sebaiknya”.
Untuk maklumat lanjut mengenai Syarat Kelayakan PEMERKASA 2021 bagi Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.
“Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif ini telah ditetapkan sehingga 15 Julai 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan” katanya.
- Top Takeaways from RSAC 2024: A Cybersecurity Deep Dive
- StrataTech Education Group and Tulsa Job Corps Center Announce Partnership to Address Workforce Demand in Oklahoma
- Judicate West Welcomes Judge Yvette M. Palazuelos in Los Angeles
- American Addiction Centers Names River Oaks Treatment Center a Veterans Center of Excellence
- Sonatype Announces Integration with ServiceNow to Streamline Software Composition Analysis
Leave a comment