KUALA LUMPUR 9 Jun 2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.
Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.
Pada 8.56 pagi, kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara, selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
— BERNAMA
- Fernwayer Launches Marketplace for Curated High-End Travel Experiences
- Mount Sinai Opens the Hamilton and Amabel James Center for Artificial Intelligence and Human Health to Transform Health Care by Spearheading the AI Revolution
- Bahamas Ministry of Tourism Hosts Event in Chicago Celebrating New Direct Flights from the Windy City to The Bahamas
- At the Yacht Club de Monaco the Navicap Challenge – Trophée Elena Sivoldaeva
- Clearwave Fiber To Host Ribbon Cutting and “Jingle & Mingle” Holiday Celebration in Gardner, KS
Leave a comment