Kenyataan Media

Pencapaian sepanjang 100 hari program PICK

123

4 Jun 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada hari ini mengeluarkan lembaran fakta pencapaian sepanjang 100 hari pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut CITF di dalam lembaran fakta tersebut, walaupun Malaysia harus bersaing dengan negara-negara maju untuk mendapatkan vaksin, dalam tempoh 100 hari negara telah meningkatkan kapasiti dan menggembleng tenaga yang ada untuk memastikan PICK dipercepatkan. Manakala bermula 4 Jun, tambahan 74 PPV lagi merangkumi PPV Awam, AZ dan Mega akan dibuka di bawah CITF.

“Strategi memperkasakan kadar vaksinasi dilaksanakan melalui pembukaan 7 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula dengan Malaysia International Trade and Exhibtion Centre (MITEC) pada 31 Mei 2021. PPV Mega lain yang bakal beroperasi ialah Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Axiata Bukit Jalil, MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Setia City Convention Centre (SCCC) dan UiTM Puncak Alam. Secara keseluruhannya, seramai 30,000 orang boleh divaksinasi setiap hari melalui 7 PPV ini.

Pada hari ke-100, dengan jumlah kes yang semakin meningkat, pihak kerajaan terus berusaha gigih untuk memastikan sebanyak orang dapat divaksinasikan secepat mungkin.” kata CITF.

Tambah CITF, Kerajaan juga berusaha untuk memastikan keselamatan dan keselesaan orang awam semasa proses vaksinasi terutamanya untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di lebih 280 PPV di bawah pemantauan pihaknya yang sedang beroperasi (sehingga 3 Jun 2021) terjamin.

” Sebagai kerajaan yang prihatin, PICK juga telah mempercepatkan kadar vaksinasi dan bekerjasama dengan pihak swasta dan kementerian lain dan menjalankan outreach program untuk memastikan tiada siapa yang tercicir daripada mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 sekiranya layak termasuklah golongan rentan dan rakyat asing.” kata CITF.

Jumlah dos yang telah diperoleh adalah 5,623,800, jumlah sukarelawan yang berdaftar adalah seramai 30,268 dan jumlah PPV di bawah kendalian swasta yang beroperasi adalah sebanyak 218.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...