PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik keputusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas Surat Cara Pindah Milik dan Perjanjian Pinjaman bagi Pembelian Rumah Kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC).
Dalam satu kenyataan semalam, KPKT menjelaskan tempoh lanjutan yang diberikan adalah bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2021 di bawah inisiatif PEMERKASA+.
“HOC yang bermula pada 1 Jun 2020 telah mencatatkan anggaran nilai jualan sebanyak RM31.2 bilion dengan bilangan hampir 50,000 unit kediaman yang terjual di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga hari ini” katanya.
Pengecualian duti setem yang diberi di bawah kempen HOC adalah bagi surat cara pindah milik pembelian rumah kediaman yang bernilai melebihi RM300,000 hingga RM2.5 juta.
“Pengecualian duti setem 100% diberikan terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah tersebut dan baki selebihnya adalah tertakluk pada kadar 3%.
“Selain itu, pengecualian duti setem 100% turut diberikan ke atas perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman bernilai melebihi RM300,000 sehingga RM2.5 juta” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, syarat pengecualian ini diberikan pada harga jualan rumah kediaman yang diberikan diskaun sekurang- kurangnya 10% dan disahkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA).
“Syarat lain pula hanya warganegara Malaysia berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021.
“Pengecualian duti setem hanya layak dituntut oleh individu warganegara Malaysia berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021” jelasnya.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment