PUTRAJAYA: Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia adalah sebanyak 4,615 bagi tempoh Januari hingga Mei 2021.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Dato Saifuddin Abdullah berkata tiga insiden tertinggi adalah penipuan 3,229 kes, pencerobohan 765 kes dan kod berbahaya 256 kes.
“KKMM bersama CyberSecurity Malaysia sentiasa memantau persekitaran ruang siber negara dengan menyediakan perkhidmatan, bantuan dan sokongan teknikal untuk memantapkan lagi sistem rangkaian dan pertahanan siber” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Peringatan & Nasihat akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebagai peringatan bagi membolehkan pentadbir sistem di organisasi awam dan swasta serta pengguna internet mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik bagi menangani dan membanteras sesuatu ancaman dan serangan siber”.
Maklumat tersebut boleh didapati melalui portal MyCERT atau Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia, CyberSecurity Malaysia di pautan https://www.mycert.org.my/.
Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menggesa pengguna internet agar sentiasa peka, cakna serta melengkapkan diri dengan tatacara penggunaan teknologi dan internet dengan menggunakannya secara berhemah, positif, beretika dan penuh tanggungjawab.
Sebarang pelaporan insiden keselamatan siber, orang ramai boleh menghubungi Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity di Aplikasi Cyber999 / Telefon: 1-300-88-2999/ Telefon bimbit: +60 19 2665850.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment