Ekonomi @ My LNA

Penjaja kecil hanya perlu tunjuk permit penjaja

56

PUTRAJAYA 2 Jun 2021 – Penjaja kecil di kawasan PBT yang mempunyai permit penjaja sama ada kekal atau sementara tidak perlu untuk mendapatkan kelulusan melalui sistem COVID-19 INTELLIGENT MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) memadai hanya menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di dalam satu kenyataan hari ini, jika lokasi mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dengan mengemukakan bukti permit.

“Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu , pasar malam dan pasar tamu.

Semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah melalui Prosedur Operasi Standar (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ” kata KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...