2 Jun 2021 – SAC Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) , Dato’ Mohd Nadzri Hussain memaklumkan bahawa kesesakan trafik di Plaza Tol Jalan Duta seperti dalam video yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini sebenarnya berlaku pada 31 Mei 2021, iaitu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan.
“JSPT mengesahkan kesesakan tersebut berlaku pada 31/05/2021 di Plaza Tol Jalan Duta. Aliran Kesesakan yang dikenalpasti adalah menghala masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur. Video berkenaan menunjukkan aliran trafik bergerak perlahan sejauk 1 km dari lokasi sekatan jalan raya (SJR) berikutan pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh anggota SJR JPST Kuala Lumpur.
Video tersebut berlaku sehari sebelum PKP 3.0 yang diumumkan oleh Kerajaan bermula 01/06/2021, kesesakan berlaku berikutan pemeriksaan lebih ketat yang dilakukan oleh anggota SJR trafik Kuala Lumpur dan ditambah pula kesempatan akhir oleh masyarakat pengguna berbelanja sebelum PKP 3.0.” jelas Mohd Nadzri.
Tambah beliau, pada 1 Jun 2021 aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta mencatatkan penurunan sebanyak 66% dan pemantauan berterusan oleh JSPT mendapati tiada sebarang kesesakan dikesan di semua sektor lebuhraya dan SJR selepas fasa PKP 3.0 dilaksanakan.
“JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau dikongsi di laman dan sebagainya.” pesan Mohd Nadzri.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment