Pendidikan @ My LNA

Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia hari ini – BERNAMA

162

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun.

Berita mengenai kematian itu dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan hari ini.

“Dengan rasa sedih yang mendalam kami ingin memaklumkan pemergian Prof Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami.

“Seorang yang berwawasan, karier Tan Sri sinonim dengan kreativiti dan beliau membantu membangunkan dan memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global, khususnya di negara membangun.

“Kami merasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan oleh banyak pihak, dan kami memohon privasi ketika meratapi pemergian seorang lelaki yang sangat kami banggakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tokoh perniagaan itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya.

— BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...