Ekonomi @ My LNA

Menteri dan Timbalan Menteri tidak ambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021

73

PUTRAJAYA 31 Mei 2021 – Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa barisan Menteri dan Timbalan Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021. Sebaliknya ia akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Di dalam ucapannya sewaktu mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau PEMERKASA+ hari ini, beliau berkata bahawa beliau amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang kekal teguh bersama-sama Kerajaan tanpa mengira kawan atau lawan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam memerangi pandemik COVID-19. Ini merujuk usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan frontliners yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Sebagai penutup kepada inisiatif PEMERKASA+ ini, sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021. Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.” kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah 40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion ringgit. PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...