AMPelancongan @ My LNA

Jumlah pelancong antarabangsa ke Malaysia meningkat sebanyak 3.7% – Mohamaddin Ketapi

136

PUTRAJAYA 26 November 2019 – Ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga September adalah seramai 20,109,203 orang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 3.7% berbanding 19,386,115 orang pelancong bagi tempoh yang sama pada tahun 2018.

Sumber foto akaun Twitter Rasmi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

“Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Vietam, Jepun dan Filipina merupakan 10 negara penyumbang ketibaan tertinggi bagi Januari sehingga September 2019.

Manakala Purata Tempoh Tinggal (Average Length of Stay) Januari sehingga September 2019 meningkat sebanyak 0.1 malam iaitu dari 7.2 malam kepada 7.4 malam.” ucap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Mohamaddin Haji Ketapi  di majlis sidang media Prestasi Pelancongan Malaysia Januari September 2019 yang berlangsung di sini hari ini.

Mohamaddin juga menambah bahawa perbelanjaan pelancong bagi tempoh tersebut berbanding tempoh sama pada tahun 2018 telah meningkat sebanyak 6.9% iaitu sejumlah RM66.14 billion berbanding RM61.85 billion pada tahun 2018.

“Penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan bagi Januari – September 2019 ini adalah dari Singapura, China, Indonesia, Thailand dan India.

Perbelanjaan per kapita Januari – September 2019 meningkat 3.1% iaitu dari RM3, 190.50 kepada RM3,289.30. Perbelanjaan per kapita (Per Capita Expenditure) tertinggi bagi 5 negara teratas disumbangkan oleh pasaran jarak jauh dan jarak sederhana iaitu Arab Saudi, China, United Kingdom, Kanada dan Taiwan. Manakala per kapita tertinggi mengikut jarak pasaran adalah dari pasaran jarak jauh iaitu Arab Saudi (RM11,394.40), bagi pasaran jarak sederhana adalah China (RM5,301.50) dan bagi pasaran jarak dekat ialah Vietnam (RM3,356.30)” tambah beliau.

Mohamddin juga menjelaskan bahawa keadaan jerebu yang telah melanda Malaysia dan negara-negara jiran di rantau ini pada September lepas telah menjejaskan momentum ketibaan pelancong ke Malaysia dan beliau percaya prestasi ketibaan pelancong ke negara ini seharusnya lebih baik sekiranya tiada masalah jerebu tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...