AM

Justifikasi Kementerian Pengangkutan berkaitan pesawat Israel mengelirukan – ABIM

141

30 Mei 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menganggap justifikasi yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan berhubung dengan kejadian sebuah pesawat Israel melalui ruang udara Malaysia pada 17 Mei yang lalu amat mengelirukan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata perkara tersebut menimbulkan persoalan mengenai komitmen keselamatan Malaysia untuk menghadapi ancaman daripada Israel, khususnya setelah rakyat Malaysia mempamerkan solidariti luar biasa ke atas warga Palestin baru-baru ini.

“ABIM ingin merujuk yang berlaku pada tahun 2017, di mana kerajaan Indonesia telah menutup ruang udaranya daripada dilalui pesawat Israel yang dinaiki Perdana Menteri negara itu, Benjamin Netanyahu.

Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Justeru Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat memiliki hak untuk menutup akses ruang udara serta sempadannya kepada mana-mana entiti Israel.

Maka, ABIM menggesa pihak kerajaan untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.” tegas Faisal.

Semalam di dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan berkata, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam  Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota. Tambah Kementerian Pengangkutan, sebagaimana peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, sempena Hari Antarabangsa Pasukan Pengaman PBB (Resolusi 57/129 Perhimpunan Agong PBB) bertarikh 29 Mei 2021, ABIM bersama pertubuhan pelbagai agama menyerahkan Memorandum kepada PBB menggesa komitmen PBB untuk memulakan langkah-langkah lebih berkesan untuk memastikan hak keamanan kepada rakyat Palestin dipertahankan dari kerakusan tidak berperikemanusiaan regim Zionis Israel.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...