AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNA

1 Tapak Pembinaan Diarah Tutup, Langgar SOP PKP Tapak Pembinaan – CIDB

201

KUALA LUMPUR: Terdapat sebuah tapak pembinaan telah diarahkan tutup daripada menjalankan operasi selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 98 buah tapak pembinaan sejak PKP 3.0 berkuatkuasa pada 25 hingga 27 Mei 2021.

Hasil pemeriksaan yang lain mendapati 62 buah tapak pembinaan berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 35 buah tapak pembinaan lagi tidak beroperasi dalam tempoh itu.

CIDB dalam satu kenyataan hari ini turut mengingatkan kepada penggiat industri pembinaan agar mematuhi SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan.

“Mana-mana kontraktor yang disabit kesalahan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang boleh dijatuhkan hukuman penalti tidak melebihi RM500,000.00 serta tindakan gantung dan batal Perakuan Pendaftaran Kontraktor” jelas kenyataan tersebut.

CIDB juga turut mempunyai kuasa untuk menutup tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi atau melanggar SOP yang ditetapkan. SOP Tapak Pembinaan yang terkini bagi PKP 3.0 boleh diakses melalui www.cidb.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...