AM

Tiada isu potong barisan – Pengarah Hospital HRPB

152

IPOH 26 Mei 2021 – Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Abdul Malek bin Osman menafikan dakwaan bahawa Eina Azman dan pasangannya telah memotong barisan dan mengambil Vaksin Covid-19 di Ipoh, Perak.

Menurut Dr. Abdul Malek di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

“Tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikanvaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021.” jelas beliau.

Dr. Abdul Malek juga menerangkan bahawa PPV Hospital Raja Permaisuri Bainun hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan “Pre Vaccination Assesment” di fasiliti PPV hospital tersebut. Katanya lagi pemberian suntikan vaksin bagi fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...