PUTRAJAYA: 25 Mei 2021 – Golongan ibu mengandung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan sebelum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh pakar, golongan ini disarankan untuk menerim vaksin pada tempoh 14 hingga 33 minggu hamil.
“Selain itu satu ciri baharu di MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini khusus bagi mengenal pasti golongan ibu mengandung dan ibu menyusu”.
“Apabila ia telah diperkenalkan, golongan tersebut boleh mengenal pasti diri mereka dan berdaftar melalui MySejahtera untuk janji temu bagi pemberian vaksin yang bersesuaian serta disyorkan kepada mereka” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi perkembangan PICK.
Khairy sebelum ini memaklumkan bahawa pemberian vaksin terhadap golongan tersebut disyorkan kepada penggunaan vaksin Pfizer.
Ini termasuk arahan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menyelaras dengan beberapa hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada golongan tersebut.
- M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill
- Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah
- Syngenta extends leadership in fungicides with ADEPIDYN® technology
- Hongkong Land’s Entire Central Portfolio Achieves LEED Platinum Rating, Representing 27% of all LEED EBOM Platinum-Certified Buildings in Hong Kong
- Crayon appointed an authorized Cloud Commerce Manager for Broadcom in Asia Pacific
Leave a comment