KUALA LUMPUR 25 Mei 2021 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan bahawa perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT ) Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa dengan kekerapan tren setiap 10 minit
pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu lain selain pengurangan kapasiti 50 peratus penumpang mengikut SOP PKP 3.0 tambahan yang diumumkan baru-baru ini.
“Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT ) Laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa bermula 6 pagi ini dengan menggunakan satu landasan (single track) serta disokong oleh perkhidmatan bas perantara percuma.
Untuk melancarkan pergerakan para penumpang pada waktu puncak, lima (5) buah bas perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.
Kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara Stesen Pasar Seni sehingga Stesen Ampang Park untuk memantau, membantu untuk memudahkan pergerakan penumpang.
Penumpang dijangka perlu menunggu lebih lama sedikit daripada biasa. Bagaimanapun kekerapan tren mungkin akan diubah suai mengikut keperluan semasa operasi” kata Prasarana dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Prasarana perkhidmatan LRT laluan berkenaan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari setelah kerja pembersihan dan pemulihan termasuk proses sanitasi di Stesen KLCC dan kawasan sekitarnya selesai dijalankan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
“Prasarana kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terlibat dalam insiden semalam serta akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Pengguna perkhidmatan Rapid KL kini boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store,” katanya.
Malam semalam, dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47daripadanya parah dalam kejadian di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.
Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment