AM

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak catat penurunan – BERNAMA

118

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak mencatatkan penurunan pagi ini berbanding semalam.

Mangsa banjir yang dipindahkan di Sabah menunjukkan sedikit penurunan dengan seramai 4,999 mangsa direkodkan setakat 8 pagi ini berbanding 5,037 orang petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa di dua daerah iaitu Tenom dan Beaufort masih ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan secara berperingkat sejak Khamis lepas.

“Tenom masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 4,396 orang membabitkan 1,269 keluarga di 37 PPS, manakala Beaufort seramai 603 mangsa dan ditempatkan di empat PPS.

“Dewan Sri Ontoros yang menempatkan 476 mangsa merupakan PPS dengan mangsa banjir teramai di Tenom, manakala di Beaufort, PPS di Dewan DSP Mohd Dun Banir menempatkan mangsa teramai dengan 231 orang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memberitahu sebanyak 75 kampung terjejas di Beaufort dan 47 kampung di Tenom.

Sementara itu, angka penduduk yang dipindahkan sementara susulan banjir yang melanda bahagian utara Sarawak terus menurun pagi ini kepada 145 orang daripada 42 keluarga berbanding 233 orang daripada 70 keluarga semalam.

Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di lima PPS di daerah Limbang dengan 44 mangsa berada di PPS Dewan Masyarakat Kampung Bidang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...